Data Anda

Kami mahu anda tahu data yang kami kumpul dan gunakan.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Google, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami bertanggungjawab untuk menjelaskan data yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya bagi menjadikan perkhidmatan kami lebih baik untuk anda.

Berikut adalah tiga jenis maklumat utama yang kami kumpul:

Perkara yang anda lakukan

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami - sebagai contoh, melakukan carian di Google, mendapatkan arah jalan di Peta Google atau menonton video di YouTube - kami mengumpul data supaya perkhidmatan tersebut berfungsi untuk anda. Perkara ini boleh termasuk:

  • Perkara yang anda cari
  • Tapak web yang anda lawati
  • Video yang anda tonton
  • Iklan yang anda klik atau ketik
  • Lokasi anda
  • Maklumat peranti
  • Alamat IP dan data kuki

Perkara yang anda buat

Jika anda log masuk dengan Akaun Google, kami menyimpan dan melindungi perkara yang anda buat menggunakan perkhidmatan kami. Perkara ini boleh termasuk:

  • E-mel yang anda hantar dan terima di Gmail
  • Kenalan yang anda tambahkan
  • Acara kalendar
  • Foto dan video yang anda muat naik
  • Dokumen, Helaian dan Slaid di Drive

Perkara yang menjadikan anda “anda”

Apabila anda mendaftar untuk Akaun Google, kami menyimpan maklumat asas yang anda berikan kepada kami. Ini boleh termasuk:

  • Nama
  • Alamat e-mel dan kata laluan
  • Hari lahir
  • Jantina
  • Nombor telefon
  • Negara
Peta Google pada telefon pintar

Cara Peta Google membawa anda ke destinasi dengan lebih cepat

Apabila anda menggunakan apl Peta Google, telefon anda menghantar balik bit data awanama tentang lokasi anda kepada Google. Data ini digabungkan dengan data daripada orang di sekeliling anda untuk mengenal pasti pola lalu lintas. Sebagai contoh, Peta boleh mengesan kesesakan apabila banyak kenderaan bergerak perlahan di sepanjang jalan yang sama dan memberitahu anda bahawa trafik sesak. Jadi, apabila Peta memberi anda amaran kemalangan atau cadangan jalan pintas selepas ini, anda perlu berterima kasih kepada data daripada pengguna jalan raya yang lain.

Bar Carian Google dengan ciri autolengkap

Cara Google meramal carian anda

Contohnya, apabila anda mencari sesuatu dan anda membuat kesilapan menaip - entah bagaimana Google tetap tahu apa yang anda maksudkan. Model pembetulan ejaan kami menggunakan data daripada orang yang membuat kesilapan yang sama sebelumnya dan membetulkannya untuk anda. Begitulah cara kami tahu bahawa apabila anda menaip “Barsalona”, kemungkinan besar anda maksudkan “Barcelona”.

Sejarah carian anda juga boleh membantu Google melengkapkan istilah carian anda secara automatik. Sebagai contoh, jika anda pernah mencari “penerbangan Barcelona” sebelum ini, kami mungkin akan mencadangkannya dalam kotak carian sebelum anda selesai menaip. Atau jika anda peminat kelab bola sepaknya dan sering mencari “skor Barcelona”, kami mungkin akan mencadangkannya dengan serta-merta.

Tab Chrome dengan borang yang dilengkapkan secara automatik oleh ciri autolengkap

Cara Chrome melengkapkan borang untuk anda

Setiap kali anda membuat pembelian atau mendaftar untuk akaun dalam talian, anda menghabiskan banyak masa mengisikan maklumat peribadi anda dalam borang. Apabila anda menggunakan Chrome, kami boleh menyimpan butiran seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat pembayaran supaya kami boleh melengkapkan borang sedemikian secara automatik untuk anda. Anda boleh mengedit medan autolengkap tertentu atau melumpuhkan tetapan ini sama sekali pada bila-bila masa.

Bar Carian Google dengan foto profil dan butang hasil carian peribadi

Cara Carian Google membantu anda mencari maklumat anda sendiri

Carian Google boleh mengambil maklumat yang berguna daripada Gmail, Foto Google, Kalendar dan banyak lagi serta memaparkannya dalam hasil carian peribadi anda supaya anda tidak perlu bersusah-payah mencarinya sendiri. Anda hanya perlu menaip ungkapan carian seperti “janji temu doktor gigi”, “tunjukkan gambar saya di tepi pantai” atau “di mana tempahan hotel saya”. Selagi anda log masuk, kami akan menggali maklumat ini daripada perkhidmatan Google yang lain dan memaparkannya kepada anda dengan hanya satu langkah.

Gelembung sembang antara pengguna dan Pembantu Google

Cara Pembantu Google boleh membantu anda melaksanakan tugas

Sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan, Pembantu anda sentiasa bersedia untuk membantu anda. Apabila anda mengemukakan soalan kepada Pembantu anda atau memberinya tugas, Pembantu anda akan menggunakan data daripada perkhidmatan Google yang lain untuk mendapatkan perkara yang anda perlukan. Contohnya, jika anda bertanya "Apakah kopi kedai yang berhampiran?" atau "Adakah saya perlu membawa payung esok?" Pembantu anda menggunakan maklumat daripada Peta dan Carian serta lokasi, minat dan pilihan anda untuk memberikan jawapan yang paling berkaitan. Anda boleh melawati alat Aktiviti Saya pada bila-bila masa untuk melihat atau memadamkan data yang dikumpul daripada interaksi anda dengan Pembantu anda.

Kawal pengalaman Google anda

Berikut adalah beberapa alatan yang boleh anda gunakan untuk mengurus privasi anda pada bila-bila masa.

Penyemak imbas yang memaparkan Akaun Saya

Kawal tetapan privasi anda di Akaun Saya

Tidak kira sama ada anda mempunyai Akaun Google atau tidak, andalah yang menentukan jenis data yang boleh menjadikan perkhidmatan Google berfungsi dengan lebih baik untuk anda. Akaun Saya memberi anda akses pantas kepada alatan yang membantu anda mengurus maklumat peribadi dan melindungi privasi anda.

Carian lepas dalam tetingkap Chrome

Lihat data dalam akaun anda di halaman Aktiviti Saya

Aktiviti Saya ialah pusat sehenti yang memaparkan semua perkara yang pernah anda cari, lihat dan tonton menggunakan perkhidmatan kami. Untuk memudahkan anda mengingat semula aktiviti dalam talian anda yang lepas, kami memberi anda alatan untuk mencarinya mengikut topik, tarikh dan produk. Anda boleh memadamkan secara kekal aktiviti tertentu, malah seluruh topik yang tidak ingin dikaitkan dengan akaun anda.

Ikon Inkognito Chrome

Semak imbas web secara tertutup dengan mod inkognito

Sejarah web anda boleh membantu kami menjadikan hasil carian anda lebih berguna, tetapi ada kalanya anda mungkin ingin menyemak imbas secara tertutup. Misalnya, jika anda berkongsi komputer dengan kekasih anda, anda mungkin tidak mahu sejarah anda menyemak imbas hadiah merosakkan kejutan hari jadi untuknya. Untuk saat-saat seperti ini, buka tetingkap inkognito pada komputer atau peranti mudah alih untuk mengelakkan Google Chrome menyimpan sejarah semakan imbas anda.