Kawal

Anda mempunyai kawalan untuk mengurus privasi anda.

Kami menggunakan data untuk menjadikan perkhidmatan kami sangat berguna, tetapi anda yang menentukan jenis data yang kami kumpul dan gunakan. Kami mereka Akaun Saya untuk memberi anda akses pantas kepada alatan yang mudah digunakan. Alatan ini membantu anda mengurus privasi dan keselamatan anda. Anda menentukan cara data anda boleh menjadikan perkhidmatan Google lebih baik untuk anda dengan menyemak tetapan berikut.

Pergi ke Akaun Saya

Urus tetapan privasi anda dengan Semakan Privasi

Dalam hanya beberapa minit, anda boleh mengurus jenis data yang dikumpul oleh Google, mengemas kini maklumat peribadi yang anda kongsi dengan rakan atau siarkan kepada umum dan menyesuaikan jenis iklan yang anda ingin Google tunjukkan kepada anda. Anda boleh mengubah tetapan ini seberapa kerap yang anda suka.

Mulakan Semakan Privasi

Lindungi akaun anda dengan Semakan Keselamatan

Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk melindungi Akaun Google anda adalah melakukan Semakan Keselamatan. Kami menyediakannya untuk membantu anda mengesahkan bahawa maklumat pemulihan anda adalah terkini dan bahawa tapak web, apl dan peranti yang bersambung ke akaun anda adalah peranti yang masih anda gunakan dan percayai. Jika ada apa-apa yang kelihatan mencurigakan, anda boleh mengubah tetapan atau menukar kata laluan anda dengan segera. Semakan Keselamatan mengambil masa beberapa minit sahaja dan anda boleh menjalankannya seberapa kerap yang anda suka.

Mulakan Semakan Keselamatan

Tentukan data yang dikaitkan dengan akaun anda

Daripada pilihan perjalanan ulang-alik yang lebih baik dalam Peta hinggalah kepada hasil carian yang lebih cepat dalam Carian, data yang kami simpan dengan akaun anda boleh menjadikan perkhidmatan Google lebih berguna buat anda. Dengan menggunakan Kawalan Aktiviti, anda turut boleh menentukan data yang dikaitkan dengan akaun anda dan menghentikan sementara pengumpulan jenis data yang tertentu - misalnya, aktiviti carian atau semakan imbas, tempat yang anda kunjungi serta maklumat daripada peranti anda.

Pergi ke Kawalan Aktiviti

Kawal iklan berdasarkan pilihan anda

Dalam Tetapan Iklan, anda boleh mengawal iklan berdasarkan topik yang anda minati. Sebagai contoh, jika anda menggunakan tetapan Pemperibadian Iklan untuk memberitahu Google bahawa anda suka muzik pop, anda mungkin melihat iklan lagu atau album yang akan keluar di pasaran atau persembahan yang akan diadakan di kawasan anda apabila anda log masuk ke YouTube.

Jika anda mematikan Pemperibadian Iklan semasa log masuk, kami akan berhenti memaparkan iklan yang berkaitan dengan minat anda di seluruh perkhidmatan Google serta tapak web dan apl yang bekerjasama dengan kami. Jika anda log keluar, tindakan mematikan Pemperibadian Iklan hanya memberi kesan kepada perkhidmatan Google yang memaparkan iklan.

Pergi ke Tetapan Iklan

Lihat data dalam akaun anda di halaman Aktiviti Saya

Aktiviti Saya ialah pusat sehenti yang memaparkan perkara yang pernah anda cari, lihat dan tonton menggunakan perkhidmatan kami. Untuk memudahkan anda mengingat semula aktiviti dalam talian anda yang lepas, kami memberi anda alatan untuk mencarinya mengikut topik, tarikh dan produk. Anda boleh memadamkan secara kekal aktiviti tertentu, malah seluruh topik yang tidak ingin dikaitkan dengan akaun anda.

Pergi ke Aktiviti Saya

Semak maklumat akaun asas anda

Kawal maklumat peribadi yang anda kongsikan di perkhidmatan Google - seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon.

Semak Maklumat Peribadi Anda

Bawa kandungan anda ke mana-mana sahaja dengan ciri Muat Turun Data Anda

Foto anda. E-mel anda. Kenalan anda. Malah penanda halaman anda. Anda mengawal kandungan yang disimpan dalam Akaun Google anda. Itulah sebabnya kami membuat Muat Turun Data Anda - supaya anda boleh membuat salinan, membuat sandaran malah memindahkannya ke perkhidmatan lain.

Pergi ke muat turun data anda